EPISODE · Jun 15, 2020 · 41 MIN
Matius 10:32-33 Dua Ayat & Dua Panggilan Yang Membawa Perbezaan Pada Hari Penghakiman
from LEGASI.tv Podcast · host Richard Angelus
"Sesiapa mengakui-Ku di hadapan orang ramai, akan Kuakui di hadirat Bapa-Ku di syurga," firman Yesus Kristus kepada para murid-Nya, "Sebaliknya, sesiapa yang menyangkal-Ku di hadapan manusia, akan Kusangkal di hadirat Bapa-Ku di syurga" (Matius 10:32-33). Agama palsu suka meniru apa yang benar. Nabi dan TUHAN tidak boleh diucapkan bersama sebagai syarat untuk keselamatan. Nabi, walau betapa hebat sekalipun, hanya hamba sahaja. Tidak setara! Tetapi dalam Matius 10:32-33, kita melihat Yesus tidak boleh hanya seorang nabi atau hamba biasa. Kenapa? Kerana penentuan samada diakui atau disangkal di hadirat Allah Bapa di syurga berpusat (centered around) kepada respon kita (manusia) kepada Yesus Kristus. "Mengakui-Ku"; " Kuakui"; "Menyangkal-Ku"; "Kusangkal." Siapa Yesus Kristus bagi kamu? ☺⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius
Embed this episode
NOW PLAYING
Matius 10:32-33 Dua Ayat & Dua Panggilan Yang Membawa Perbezaan Pada Hari Penghakiman
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.