EPISODE · Jun 30, 2020 · 43 MIN
Matius 11:20-24 Mukjizat Tidak Menjamin Pertaubatan
from LEGASI.tv Podcast · host Richard Angelus
"Okay," kata seorang kawan ateis saya diakhir perbualan kami, "kalau Jesus (Yesus) benar, tunjukkan mukjizat kepada saya." "Oh, bukankah kamu kata kamu seorang rational, kenapa mahu mukjizat?" jawab saya. Dia mahu berjumpa dengan saya kerana dia berkata bahawa saya boleh dibawa berbincang secara intelektual tentang Kristianiti. "Jadi, saya rasa iman kamu bohong," kata dia. Kami berhenti berbincang tentang hal iman dan terus tukar topik kerana saya berfikir bahawa dia tidak akan percaya dan saya tidak akan dapat melakukan mukjizat. Ketika dia membayar makanan kami dengan menggunakan Boost App, dia menggoncang telepon untuk mendapatkan bonus. Selepas dia dapat, dia berkata secara spontan, "Wah, ini mukjizat!" 😏 Walau betapa banyak mukjizat terjadi, jika tidak ada iman tentang kewujudan TUHAN dan disertai dengan pertaubatan, mukjizat hanya sia-sia ⚡📖😊 #ServeToLead #InjilMatius
Embed this episode
NOW PLAYING
Matius 11:20-24 Mukjizat Tidak Menjamin Pertaubatan
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.