Misteri 'Sengaja Susah Supaya Tabah'? episode artwork

EPISODE · Dec 7, 2024 · 8 MIN

Misteri 'Sengaja Susah Supaya Tabah'?

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang lebih kuat dan tabah (resilient). Namun, persoalannya, apakah benar susah payah itu perlu diwujudkan dalam pembelajaran? Adakah susah payah sebegini mampu membina ketabahan yang lebih berkesan, atau adakah cara lain yang lebih sesuai? Sebagai umat Islam, wajar juga kita bertanya, adakah Nabi Muhammad ﷺ menggunakan kesusahan untuk membentuk generasi yang kuat? Aisyah RA pernah meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ, jika diberikan pilihan antara yang mudah dan yang sukar, baginda akan memilih yang mudah. Keutamaan terhadap kemudahan ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti, agar ilmu dapat dipelajari tanpa halangan yang tidak perlu. Islam yang baginda ﷺ ajar, sesuai untuk orang tua, orang muda, orang ajam, orang arab, individu yang ada kelainan atau kurang upaya, fizikal atau mental, dan merentas geografi dan zaman. Nilai ‘accessibility’ Islam yang baginda ﷺ wariskan, sangat tinggi malah terpuji. Pada masa yang sama, jika wujud cabaran, Nabi ﷺ mendidik bagaimana menghadapi cabaran itu. Tetapi bukanlah dengan sengaja menyusahkan sehingga menyebabkan kemudaratan atau putus asa. Sebagaimana sabda baginda ﷺ: علِّموا ويسِّروا ولا تُعسِّروا وإذا غَضِبتَ فاسكُت وإذا غضِبتَ فاسكُت وإذا غضِبتَ فاسكُت “Ajarlah, permudahkan dan jangan menyusahkan. Seandainya kamu marah, diam. Jika marah, diam. Jika marah, diam.” (Hadith riwayat Ahmad : 2556) Prinsip taisir (kemudahan) ini berlawanan dengan sikap menyengajakan kesusahan yang tidak berfaedah. Artikel penuh di : https://saifulislam.com/2024/12/misteri-sengaja-susah-supaya-tabah/

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Dec 7, 2024

Embed this episode

NOW PLAYING

Misteri 'Sengaja Susah Supaya Tabah'?

0:00 8:06

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 8 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on December 7, 2024.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!