Nasihat Keempat Imam Ghazali Kepada Guru: Tegur Berlapik episode artwork

EPISODE · Jan 21, 2022 · 56 MIN

Nasihat Keempat Imam Ghazali Kepada Guru: Tegur Berlapik

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Tanggungjawab keempat, yang mana ia merupakan sebahagian daripada cara kita berhalus di dalam seni mendidik iaitu: hendaklah seorang guru itu menghalang muridnya daripada kecelaan akhlak dengan pendekatan berlapik selagi boleh dan tidak secara berterus terang. Andai perlu berterus terang, lakukanlah ia dengan kasih sayang dan bukan secara menghina. Ini kerana, kaedah berterus terang itu menyingkap hijab maruah seseorang, merangsangnya untuk melawan dan melakukan apa yang berlawanan dengan nasihat, serta mendorong untuk terus berdegil dengan salah laku tersebut. Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah bersabda: Seandainya orang ramai dilarang daripada mencicah tahi unta ke dalam bubur, nescaya itulah yang mereka lakukan dan mereka berkata tidaklah kita dilarang daripada melakukan hal ini melainkan padanya ada sesuatu! (Al-'Iraqi mengulas bahawa hadith ini lemah). Hal ini juga diperingatkan kepada dirimu melalui kisah Adam dan Hawa alayhima al-salam dan larangan Allah ke atas mereka berdua (Surah al-A'raf ayat 20-21). Dan kisah ini tidaklah dinyatakan kepadamu sekadar menjadi halwa telinga di waktu malam melainkan ia adalah supaya kamu beringat-ingat dengan iktibar daripadanya. Dan juga, pendekatan berlapik ini akan menggalakkan mereka yang luhur jiwanya dan bijak fikirannya untuk cenderung memikirkan mengenai nasihat tersebut hingga mereka beroleh kepuasan mendapat ilmu mengenainya, yang tidaklah hal berkenaan melangkaui upaya akal mereka untuk berfikir mengenainya. Wallahu a'lam.

NOW PLAYING

Nasihat Keempat Imam Ghazali Kepada Guru: Tegur Berlapik

0:00 56:52

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 56 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on January 21, 2022.

What is this episode about?

Tanggungjawab keempat, yang mana ia merupakan sebahagian daripada cara kita berhalus di dalam seni mendidik iaitu: hendaklah seorang guru itu menghalang muridnya daripada kecelaan akhlak dengan pendekatan berlapik selagi boleh dan tidak secara...

Can I download this Hasrizal episode?

Yes, you can download this episode by clicking the download button on the episode player, or subscribe to the podcast in your preferred podcast app for automatic downloads.
URL copied to clipboard!