Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti episode artwork

EPISODE · Nov 8, 2023 · 11 MIN

Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Pada suatu ketika, seorang pemimpin yang dipuja puji oleh pengikutnya sampai ajal dan bertemu dengan kematian. Pemimpin agung itu dikebumikan dan atas rasa cinta kasih sayang pengikutnya, mereka membina sebuah patung yang rupanya tidak ubah seperti pemimpin itu semasa hayat beliau. Pada suatu hari, seekor burung kecil hinggap di atas hidung patung berkenaan. Burung kecil itu melepaskan hajatnya dengan penuh kehinaan ke atas hidung pemimpin yang agung itu. Kemudian burung itu pergi begitu sahaja, pemimpin yang agung itu tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang dirinya daripada dihina oleh burung itu tadi.Mengapakah situasi itu berlaku? Jawapannya sangat mudah:Walaupun yang dinajiskan itu adalah seorang pemimpin yang agung tetapi dia hanyalah sebuah patung. Burung yang kecil itu, tidak bernama, satu daripada burung yang banyak, tetapi burung itu adalah burung hidup, burung sebenar, burung yang hakiki.Abu al-Hasan Ali al-Nadwi Rahimahullah di dalam sebuah buku kecil bertajuk Ila al-Islam min Jadid, atau "Kembali Semula Kepada Islam", di dalam salah satu daripada bab buku itu bertajuk, بين الصورة و الحقيقة, iaitu "Di Antara iIusi dan Realiti", beliau menjelaskan:Hukum alam menetapkan bahawa realiti akan sentiasa mengalahkan ilusi.Palestin sedang diganyang oleh musuh-musuh Allah yang tulen.Palestin sedang menanti Muslim kembali kepada Islam agar kita menjadi Muslim hakiki dan bukan sekadar ilusi.Artikel penuh di blog https://saifulislam.com/2023/11/palestin-2023-antara-ilusi-dan-realiti/#bebaspalestin

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Nov 8, 2023

Embed this episode

NOW PLAYING

Palestin 2023: Antara Ilusi dan Realiti

0:00 11:46

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 11 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on November 8, 2023.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!