Skip to content
Pemerkasaan Operasi Kutipan Zakat Melalui Inovasi Pembayaran Zakat Secara Khultah, Pembayaran Zakat Menggunakan Barang Dagangan Dan Zakat Ke Atas Instrumen Kewangan Jangka Panjang Dan Sukukberasaskan Hutang episode artwork

EPISODE · Oct 7, 2022 · 9 MIN

Pemerkasaan Operasi Kutipan Zakat Melalui Inovasi Pembayaran Zakat Secara Khultah, Pembayaran Zakat Menggunakan Barang Dagangan Dan Zakat Ke Atas Instrumen Kewangan Jangka Panjang Dan Sukukberasaskan Hutang

from USIM AUDIO JOURNAL

DOI: https://doi.org/10.33102/jmifr.v19i1.420 Zakat adalah satu instrumen yang sangat penting dalam pembangunan sosio ekonomi umat Islam, lantaran peranannya dalam pembangunan dan penjagaan kebajikan golongan yang kurang berkemampuan, dan pengagihan lebihan harta oleh golongan kaya. Zakat juga berfungsi sebagai pembersih hati dari sifat tamak, kedekut dan cintakan dunia secara berlebihan. Antara aspek penting zakat ialah soal kutipan yang mana Islam telah menggariskan golongan tertentu yang dikenakan zakat dan jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Aspek ini sangat penting diperkasakan kerana keperluan para asnaf yang semakin meningkat, kehidupan manusia yang semakin berkembang, perkembangan sistem ekonomi yang semakin kompleks menyebabkan metod dan jumlah kutipan zakat sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung jumlah keperluan sedia ada, dan ianya memerlukan anjakan paradigm yang baru, baik dari segi cara pengiraan, jenis-jenis aset, cakupan jenis-jenis golongan pembayar dan sebagainya. Kajian adalah kajian perpustakaan sepenuhnya iaitu dengan menganalisis pendapat-pendapat para ulama silam dan ulama semasa, dan disesuaikan dengan maklumat perkembangan terkini berkaitan pembayaran zakat. Hasil kajian mendapati bahawa antara pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan dalam meningkatkan hasil zakat antaranya ialah dengan menggunakan konsep pengiraan zakat secara khultah atau kolektif, pembayaran zakat menggunakan barang jualan sendiri, dan pembayaran zakat ke atas instrumen jangka panjang.

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Oct 7, 2022

Embed this episode

Ready to play

Pemerkasaan Operasi Kutipan Zakat Melalui Inovasi Pembayaran Zakat Secara Khultah, Pembayaran Zakat Menggunakan Barang Dagangan Dan Zakat Ke Atas Instrumen Kewangan Jangka Panjang Dan Sukukberasaskan Hutang

0:00 9:04

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of USIM AUDIO JOURNAL?

This episode is 9 minutes long.

When was this USIM AUDIO JOURNAL episode published?

This episode was published on October 7, 2022.

Can I download this USIM AUDIO JOURNAL episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!