Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu episode artwork

EPISODE · Nov 28, 2025 · 8 MIN

Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Mus’ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ﷺ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan.Pada zaman itu, orang miskin, rendah taraf sosial, OKU, tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tidak mendapat pendidikan dan tidak signifkan untuk apa-apa.Sebab itulah Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish pernah mensyaratkan kepada Nabi Muhammad ﷺ andai baginda mahu dakwahnya mereka pertimbangkan, Rasulullah ﷺ hendaklah menyingkir kelompok ‘low class’ berkenaan kerana pembesar Quraish itu tidak selasa bergaul dengan golongan sedemikian. Kisah berkenaan menjadi latar belakang turunnya ayat 28 surah al-Kahf yang menjadi peringatan kepada baginda dan umatnya agar dalam urusan mendidik, jangan terpesona dengan peluang dan prospek hingga mensesiakan golongan yang ‘marginalised’ ini. Islam sahaja ketika itu yang membela golongan terpinggir tanpa diskriminasi, merealisasikan Islam sebagai agama yang benar-benar rahmatan lil alamin.“Kita menang dan beroleh rezeki kerana pembelaan kita ke atas golongan lemah” ini mengukuhkan lagi anjakan paradigma bahawa formula maju bukan pada melimpahkan sokongan dan peluang kepada golongan berprospek, kemudian pada masa yang sama mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan.Inilah sisi paling rumit sepanjang advokasi saya untuk pendidikan adil dan saksama semenjak zaman sebelum mengenengahkan pendidikan inklusif lagi.Kita masih sangka kekuatan murid 20% teratas itu yang memajukan negara. Tetapi kalau tekuni sirah Nabi Muhammad ﷺ, kita menang dan beroleh rezeki hanya apabila kita santuni murid kelas belakang, murid OKU, murid yang tidak cukup dokumen untuk ada akses kepada pendidikan dan semua golongan yang dunia kata mereka beban lagi menyusahkan. Hanya Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang kata mereka kunci kemenangan dan kemajuan kita.#pendidikaninklusif #inclusiveeducation

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Nov 28, 2025

Embed this episode

NOW PLAYING

Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu

0:00 8:06

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 8 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on November 28, 2025.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!