Skip to content
Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa episode artwork

Nov 19, 2025 9 min

Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa

from Hasrizal Hosted by Hasrizal Abdul Jamil

“Aduhai, seorang lagi!” keluh seorang guru. Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak. Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas. Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah. Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya. Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak dahinya yang berkerut. “Bukankah senang, kalau ajar budak pandai-pandai sahaja!” kata hati guru tadi. Namun Allah ﷻ takdirkan di kelas itu, murid sedia ada sedang mengaji. Ada yang membaca Surah ‘Abasa. Surah menegur. Teguran dari langit menggegar bumi. Menggegar hatinya. Hati seorang guru yang seharusnya tidak lupa kepada teguran Allah kepada mahagurunya, Nabi Muhammad ﷺ. SURAH ‘ABASA Surah Abasa sering kita dengar, tetapi jarang kita tekuni dengan penuh kesedaran terhadap konteksnya. Ia bukan sekadar kisah seorang sahabat yang buta. Ia peringatan santun tetapi tegas tentang bagaimana manusia, termasuk seorang pendidik, boleh tersilap memposisikan keutamaan. Teguran ini ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad ﷺ. Bukan kerana Baginda mengasari Abdullah ibn Umm Maktum RA. Baginda ﷺ tidak mengangkat suara, tidak menghina, dan tidak sekali-kali meremehkan beliau. Namun teguran turun, kerana pada saat itu terdapat satu detik kecil – kerutan kening, gangguan hati – yang dalam timbang tara langit dianggap besar. https://saifulislam.com/pendidikan-yang-mengabaikan-sebuah-abasa/ #PendidikanInklusif #tadabbur #inklusif #adhddewasa #ADHDMalaysia

Episode details come from the podcast's RSS feed.

Embed this episode

Ready to play

Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa

0:00 9:10

No transcript yet.

Requests help us decide what to transcribe next.

Frequently asked questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 9 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on November 19, 2025.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.