Pergolakan Ideologi di Sebalik Perbicaraan Kes Mahkamah JD vs AH episode artwork

EPISODE · Jun 3, 2022 · 15 MIN

Pergolakan Ideologi di Sebalik Perbicaraan Kes Mahkamah JD vs AH

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Apabila peguambela Amber Heard, Elaine Bredehoft muncul di dalam talk show mengkritik keputusan juri di dalam kes perbicaraan JD vs AH, ia memperlihatkan sisi yang bertambah rumit mengenai pergolakan ideologi di belakang kes ini. Lebih malang, mereka yang tidak mengikut rapat proses mahkamah selama hampir 7 minggu itu, berisiko terseleweng pemahamannya disebabkan oleh dakwaan-dakwaan palsu beliau: Kekalahan Amber Heard adalah malang untuk wanita dan mangsa keganasan rumahtangga. Ia mengarut kerana kemenangan JD menambah keyakinan bahawa mahkamah masih berfungsi untuk membela mereka yang teraniaya melalui bukti-bukti yang berintegriti. Banyak bukti dalam perbicaraan di United Kingdom yang dimenangi oleh Amber Heard tidak dapat dibentangkan di mahkamah Virginia Amerika Syarikat. Ini tidak benar kerana di UK, Johnny Depp menyaman akhbar The Sun, dan bukannya Amber Heard. AH memberi keterangan di dalam mahkamah sebagai saksi, dan bukannya sebagai yang tertuduh. di US, pihak yang didakwa bukan Washington Post atau TMZ, sebaliknya Amber Heard sendiri. Ada perbezaan fundamental antara kes di UK berbanding US. Juri tidak dapat menilai kesaksian Amber Heard dengan baik kerana beliau telah 'demonised'. Dakwaan Elaine ini menghina juri dan sistem mahkamah. Di UK, Amber Heard dibantu di mahkamah melalui bahan bukti antaranya laporan perubatan yang tidak dapat dibawa ke sidang US. Ini tidak benar kerana laporan perubatan yang dimaksudkan itu bukan laporan perubatan. Ia adalah nota therapist berdasarkan self report Amber Heard. Ada perbezaan besar antara dua dokumen berkenaan. Hos acara Ireland AM semasa menemubual Dave Neal, menolak keterangan Dave Neal bahawa wanita dan mangsa keganasan rumahtangga tidak harus takut teraniaya hanya kerana Amber Heard kalah kerana selama beberapa tahun Amber Heard telah dipercayai. Tetapi kepercayaan itu musnah akibat pembohongan beliau sendiri yang bertali arus. Kenyataan Dave Neal ini dikatakan 'rubbish' oleh Tommy, hos talk show Irish berkenaan. Kemudian beliau sendiri mengaku tidak mengikuti perbicaraan di US. Ia memalukan. Sentimen di Ireland cenderung kepada toxic feminism kerana Ireland masih di dalam situasi reaktif terhadap tragedi penyelewengan gereja Katholik yang menyaksikan ramai wanita dan kanak-kanak dianiaya atas nama gereja dan agama. Malangnya ia banyak dilakukan oleh lelaki daripada institusi berkenaan. Tragedi tersebut menyebabkan semakin ramai penduduk Ireland mendakwa diri mereka sebagai Atheist, meninggalkan bukan sahaja gereja Katholik, malah agama Kristian dan agama secara keseluruhannya. Ia juga menjadikan Ireland begitu agresif dalam melindungi kaum wanitanya. Ia asasnya bagus malah perlu, tetapi mudah terjebak ke daerah toxic feminism. Kita harus belajar daripada kejadian ini untuk memahami pergolakan ideologi yang berada di belakang naratif semua pihak yang memperkatakannya.  Pada masa yang sama, kita juga hendaklah mengelak daripada berlebih-lebihan mengidola atau membenci selebriti hingga terlupa bahawa mereka adalah manusia biasa, dan sebagai manusia, mereka perlu diberi peluang untuk dibela semasa dianiaya, sama seperti kita. Jangan diremehkan mereka hanya kerana mereka 'selebiriti'. Semoga Allah memelihara kita semua daripada cabaran pemikiran dan moral di akhir zaman ini. Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland.

NOW PLAYING

Pergolakan Ideologi di Sebalik Perbicaraan Kes Mahkamah JD vs AH

0:00 15:29

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 15 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on June 3, 2022.

What is this episode about?

Apabila peguambela Amber Heard, Elaine Bredehoft muncul di dalam talk show mengkritik keputusan juri di dalam kes perbicaraan JD vs AH, ia memperlihatkan sisi yang bertambah rumit mengenai pergolakan ideologi di belakang kes ini. Lebih malang,...

Can I download this Hasrizal episode?

Yes, you can download this episode by clicking the download button on the episode player, or subscribe to the podcast in your preferred podcast app for automatic downloads.
URL copied to clipboard!