Perisai Surah al-Hujurat di Zaman Tandas Wanita Bukan Lagi Hanya Untuk Wanita episode artwork

EPISODE · Jul 25, 2022 · 15 MIN

Perisai Surah al-Hujurat di Zaman Tandas Wanita Bukan Lagi Hanya Untuk Wanita

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Firman Allah SWT:   يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ    Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu ada yang lelaki dan ada yang perempuan. Dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." [Al-Hujurat 49:13]   Ayat ke-13 di dalam Surah al-Hujurat, memainkan peranan baharu yang belum kelihatan peranan itu di zaman sebelum ini.  Ia lazim menjadi rujukan untuk menjelaskan sisi positif hakikat kehidupan manusia yang berbagai budaya. Bahawa perbezaan bukan punca masalah, sebaliknya sumber kekayaan tamadun manusia. Syaratnya, perbezaan itu difahami dan pendekatan kita adalah pada saling kenal mengenal.   Tetapi perbezaan yang wujud dalam realiti manusia di dalam ayat berkenaan bukan hanya tentang kelainan bangsa, budaya dan bahasa, malah satu lagi perbezaan yang mendahuluinya adalah perbezaan jantina.  Manusia itu ada yang lelaki, ada yang perempuan.  Sama seperti soal budaya, jantina juga adalah perbezaan yang Tuhan sengajakan.  Pencipta kita boleh sahaja menjadikan kita lain daripada realiti itu. Tetapi Pencipta kita kata: "sesungguhnya Kamilah yang menciptakan kamu itu, ada yang lelaki, ada yang perempuan"  kemudian barulah disusuli dengan:  "dan kami jadikan kamu itu berbangsa-bangsa lagi bersuku kaum"   Ia bukan hakikat yang relevan hanya untuk Muslim. Ia adalah hakikat yang universal.  Pencipta kita memulakan ayat berkenaan dengan seruan "wahai sekalian manusia" dan bukannnya "wahai orang-orang yang beriman".   Sama ada kamu percaya kepada Tuhan yang mencipta kamu itu atau tidak, ia tidak mengubah hakikat ini, bahawa jantina individu itu ada lelaki, ada perempuan, dan sosial manusia pula berbangsa-bangsa.   Selepas ilmu agama, kemudian hard science dan soft science diketepikan di zaman kebenaran ditentukan oleh hawa nafsu kemahuan sendiri, Allah menutup ayat berkenaan dengan deklarasi:   "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."   Dunia jadi kucar kacir di dalam perkara selurus ini, apabila persoalan paling awal sudah tidak lagi dipedulikan iaitu, siapa kita, siapa yang buat kita, dan apa tujuan kita dicipta dan wujud di dunia ini.

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Jul 25, 2022

Embed this episode

Ready to play

Perisai Surah al-Hujurat di Zaman Tandas Wanita Bukan Lagi Hanya Untuk Wanita

0:00 15:18

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 15 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on July 25, 2022.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!