Skip to content
Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik episode artwork

Aug 12, 2025 2 min

Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik

from Hasrizal Hosted by Hasrizal Abdul Jamil

TAUHID ITU SIMPLE TAPI BUKAN SIMPLISTIK Asas agama kita ialah Tauhid, mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Tauhid mudah difahami, namun tidak menjadikan agama ini simplistik. Ia tetap menuntut kita berfikir, memahami kerencaman ideologi, dan menguasai ilmu. Dalam Fiqh Sirah, Muhammad Sa‘id Ramadan al-Būṭī memetik pandangan Abul Hasan Ali an-Nadwi dalam Mādzā Khasira al-‘Ālam bi Inhithāt al-Muslimīn, bahawa keadaan Semenanjung Tanah Arab ketika kebangkitan Islam lebih stabil berbanding kekacauan falsafah dan ideologi yang melanda Rom dan Parsi. Masyarakat Arab Jahiliyyah, walaupun rosak dari segi akidah dan moral, masih memiliki pemikiran yang teratur, sehingga mudah menerima kebenaran apabila dijelaskan. Ibn Khaldun turut mengulas pandangan ini. Hari ini, kita berdepan masyarakat dengan pemikiran bercampur-campur antara Timur dan Barat, lama dan moden. Untuk menyampaikan Tauhid dalam konteks ini, kita perlu memahami kekeliruan yang berlaku dan menguasai pelbagai disiplin: ilmu agama, sejarah Islam dan tamadun dunia, perkembangan teknologi, serta kajian tentang kecelaruan kognitif, bias pemikiran, dan kerosakan reasoning. Kita hidup di era di mana cabaran beragama bertambah dengan akal yang semakin tidak sihat. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾

Episode details come from the podcast's RSS feed.

Embed this episode

Ready to play

Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik

0:00 2:46

No transcript yet.

Requests help us decide what to transcribe next.

Frequently asked questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 2 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on August 12, 2025.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.