Ulasan Buku - Rahsia di Sebalik Ilmu Fizik episode artwork

EPISODE · Apr 3, 2023 · 8 MIN

Ulasan Buku - Rahsia di Sebalik Ilmu Fizik

from BIAR BUKU BICARA

Buku ini membincangkan beberapa aspek kejadian melalui ciptaan-Nya untuk menyaksikan kebesaran Allah SWT. Penyaksian ini memerlukan ilmu supaya manusia dapat merasai kewujudan semua ini yang datangnya daripada pencipta yang mutlak iaitu Allah SWT. Bidang ilmu yang pelbagai di alam sebaiknya boleh membawa kepada penyaksian bahawa alam ini dijadikan melalui kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT yang mengaturnya. Syariat Islam tidak pernah menghalang ahli sains untuk mengemukakan teori, membuat penyelidikan dan menghasilkan penemuan baharu dalam bidang sains. Sains pula merupakan salah satu bidang ilmu yang membincangkan fenomena alam fizikal sahaja melalui proses pemerhatian, eksperimen dan induksi,Buku Rahsia di Sebalik Ilmu Fizik adalah satu usaha kecil bagi membawa pembaca menyaksikan kehebatan, kekuasaan dan keilmuan Allah SWT dalam mencipta sesuatu dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar kejadian dengan penulisan yang telah dipermudahkan dari kaca mata ilmu fizik. Kejadian yang dirasai dan dinikmati sepatutnya diambil peluang untuk berfikir betapa hebat dan halusnya seni ciptaan-Nya sehinggakan tiada lagi manusia yang mampu mencipta sepertinya. Pembaca juga dibekalkan dengan sedikit asas ilmu fizik yang boleh digunakan untuk memproses kejadian dan menghayati ciptaan Allah SWT sehingga akhirnya dapat menimbulkan rasa penyaksian kepada Allah SWT.Boleh dapatkan buku ini di Penerbit USIM melalui pautan berikut:http://mybookstore.usim.edu.my/index.php?route=product/product&product_id=683

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Apr 3, 2023

Embed this episode

NOW PLAYING

Ulasan Buku - Rahsia di Sebalik Ilmu Fizik

0:00 8:18

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of BIAR BUKU BICARA?

This episode is 8 minutes long.

When was this BIAR BUKU BICARA episode published?

This episode was published on April 3, 2023.

Can I download this BIAR BUKU BICARA episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!