Uzlah: Apabila Penjara Memberi Kebebasan episode artwork

EPISODE · Apr 4, 2023 · 6 MIN

Uzlah: Apabila Penjara Memberi Kebebasan

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Memetik kisah yang saya muatkan di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu (https://jt.hasrizal.com), pengalaman berada dua malam di dalam tahanan sebuah penjara di Scotland memberi pelajaran berharga buat diri ini. Saya belajar tentang keberkatan masa selepas lazim mengeluh tidak cukup masa, menggunakan malam yang sangat panjang itu membaca al-Quran tanpa gangguan sepuas-puasnya.  Berada di dalam tahanan itu juga menyedarkan saya tentang keluarga. Sama ada keluarga menjadi sumber kekuatan utama kita, atau boleh menjadi titik kelemahan diri paling berbahaya. Andai keluarga bersama dengan apa yang kita perjuangkan, beruntunglah dengan kurniaan itu. Andai mereka menentang atau merayu sesuatu yang berlawanan, ia penuh risiko dan menguji. Penjara juga menjadi tempat lahirnya begitu banyak kebaikan seperti kitab-kitab tafsir karangan ilmuan, semasa mereka merengkuk di dalam tahanan. Kita tidak memerlukan penjara dan janganlah ada yang bercita-cita menempuhnya. Tetapi kita boleh melakukan uzlah, malah perlu melakukannya. Bukan uzlah secara fizikal. Tetapi uzlah fikiran dan perasaan, melepaskan diri daripada kesibukan kehidupan dunia hari ini yang bising dan penuh perkara sia-sia. Saya ambil sedikit peluang mengulas hal ini di dalam buku terbaharu 2023 ini iaitu Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah al-Kahf (https://ibrah.hasrizal.com). Kita belajar daripada doa Ashab al-Kahf seperti yang terakam di dalam ayat ke-10 surah berkenaan:  رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا  "Ya Allah kurniakanlah kepada kami daripada sisi-Mu, RAHMAT, dan luruskan urusan-urusan kehidupan kami" Adakalanya kita menjadi begitu materialistik semasa berdoa. Meminta daripada Allah kejayaan peperiksaan, kemewahan hidup, kemurahan rezeki. Ia tidak salah. Cuma, ada masanya kita perlu meminta daripada Allah swt bukan apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu. Kita boleh jadi tidak tahu apa sebenarnya yang kita perlu dalam hidup ini. Justeru, keperluan paling utama adalah RAHMAT-NYA. Dengan rahmat itu, sempit boleh menjadi lapang, kurang boleh menjadi cukup, miskin tidak sinonim dengan derita, kaya tidak semestinya sombong dan derhaka. Gunakanlah Ramadan ini untuk kita lakukan uzlah. Merenung kembali persoalan daripada masa asalnya kita, mengapa kita berada di sini, pada usia yang berbaki apa yang kita mahu lakukan, demi menjawab persoalan yang paling besar: ke manakah kita akan pergi selepas ini. Hasrizal Naas, IE https://rizal.ie 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

NOW PLAYING

Uzlah: Apabila Penjara Memberi Kebebasan

0:00 6:05

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 6 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on April 4, 2023.

What is this episode about?

Memetik kisah yang saya muatkan di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu (https://jt.hasrizal.com), pengalaman berada dua malam di dalam tahanan sebuah penjara di Scotland memberi pelajaran berharga buat diri ini. Saya belajar tentang...

Can I download this Hasrizal episode?

Yes, you can download this episode by clicking the download button on the episode player, or subscribe to the podcast in your preferred podcast app for automatic downloads.
URL copied to clipboard!