Skip to content
30 Hari 30 Ayat podcast artwork

30 Hari 30 Ayat

by Media Selangor

🌙 RAMADAN AL-MUBARAK 1446H 🌙 Ramadan tiba lagi, membawa keberkatan dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri. Semoga bulan penuh rahmat ini meningkatkan nilai ketakwaan kita dan mengukuhkan amalan kebaikan dalam kehidupan seharian. 📖 Tahun ini, 30 Hari 30 Ayat kembali dengan pengisian lebih bermakna, menampilkan Farhatul Fairuzah, Juara Qariah Kebangsaan & Antarabangsa bersama tiga pembimbing hebat: 🔹 Ustaz Faiz Fateh al-Azhari 🔹 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid 🔹 Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi Jadikan Ramadan kali ini sebagai ruang untuk lebih mendekati al-Quran dan memperkukuh keimanan kita. #30Hari30Ayat #RamadanMubarak #KitaSelangor

From the show's RSS feed, refreshed Sep 25, 2025. Source feed.

Subscribe Bookmark

Episodes

  1. Episod 12 - Surah Al Mulk Ayat 13-15

    📖 Surah Al-Mulk, Ayat 13-15 Dalam episod hari ini, kita menghayati bagaimana kebijaksanaan Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu, tidak ada yang tersembunyi dari-Nya, termasuk apa yang ada di dalam hati kita. Bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, mari kita fahami bagaimana ayat-ayat ini...

  2. Episod 11 - Surah Al Mulk Ayat 10-12

    📖 Surah Al-Mulk, Ayat 10-12 Dalam ayat ini, Allah SWT menggambarkan keadaan golongan manusia yang dicampakkan ke dalam neraka, menyesali keengganan mereka untuk mendengar dan memahami kebenaran semasa hayat mereka. Bagaimana kita boleh mengambil iktibar dari ayat ini? Bagaimana pendengaran dan...

  3. Episod 10 - Surah Al Mulk Ayat 7-9

    📖 Surah Al-Mulk, Ayat 7-9 Ayat ini menggambarkan betapa dahsyatnya azab neraka bagi mereka yang ingkar kepada Allah SWT. Gambaran neraka yang menggelegak adalah peringatan khusus buat kita semua. Bagaimana peringatan ini membentuk kesedaran kita dalam kehidupan seharian? Saksikan perbincangan...

  4. Episod 9 Surah Al Mulk Ayat 2-6

    📖 Surah Al-Mulk, Ayat 2-6 Kehidupan dan kematian adalah ujian terbesar bagi manusia. Allah SWT mencipta dunia sebagai tempat ujian untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya. Dalam episod ke-9 ini, kita akan mendalami bagaimana ayat ini mengajarkan kita tentang kualiti dalam beramal, bukan...

  5. Episod 8 - Surah Al Mulk Ayat 1

    📖 Surah Al-Mulk: Kerajaan dan Pelindung Umat Surah Al-Mulk bukan sekadar sebuah surah biasa, tetapi memiliki keistimewaan dan makna yang besar dalam kehidupan seorang Muslim. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk membaca dan menghafalnya kerana kelebihan besar yang dimilikinya. 🌟 Dalam…

    more
  6. Episod 7 - Surah Al-Fatihah Ayat 7

    📖 Surah Al-Fatihah, Ayat 7 Ayat penutup Surah Al-Fatihah ini mengisahkan berkenaan haluan dan jalan yang harus kita ikuti. Allah SWT menegaskan perbezaan antara golongan yang mendapat nikmat dan mereka yang dimurkai serta sesat. Siapakah golongan yang mendapat nikmat? Dan bagaimana kita boleh...

  7. Episod 6 - Surah Al-Fatihah Ayat 6

    📖 Surah Al-Fatihah, Ayat 6 Ayat ini bukan sekadar doa, tetapi satu matlamat penting dalam hidup kita sebagai Muslim. Ulama menafsirkan bahawa Islam adalah jalan lurus, jalan yang membawa cahaya kebenaran. Dalam episod hari ini, kita akan memahami maksud sebenar jalan yang lurus dan bagaimana ia...

  8. Episod 5 - Surah Al-Fatihah Ayat 5

    “Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan.” (Al-Fatihah: 5) Hari ini kita membicarakan berkenaan ayat penting ini yang merupakan konsep tawakal. Bagaimana ayat ini menjadi asas kepada kehidupan seorang Muslim? Sertai perbincangan dalam episod ke-5, 30…

    more
  9. Episod 4 - Surah Al-Fatihah Ayat 4

    Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan. Setiap amalan kita di dunia akan diperhitungkan. Ayat ini membawa kita memahami konsep keadilan, di mana kebaikan sekecil zarah akan dibalas dengan syurga, dan kezaliman tidak akan terlepas dari hukuman. Bagaimana pemahaman ini memberi harapan kepada insan…

    more
  10. Episod 3 - Surah Al-Fatihah Ayat 3

    Kasih sayang Allah SWT tiada bandingannya. Dalam Surah Al-Fatihah, dua namaNya, Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang menggambarkan betapa luasnya rahmat Allah kepada seluruh makhluk. Bagaimana konsep kasih sayang ini membentuk hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia? Apa hikmah di sebalik…

    more
  11. Episod 2 Surah Al-Fatihah Ayat 1-2

    📖 Dua ayat pertama dalam Surah Al-Fatihah bukan sekadar lafaz biasa, tetapi turut berkisar konsep ketauhidan dan kebesaran Allah SWT. Bagaimana ‘Bismillah’ menjadi kunci keberkatan dalam setiap langkah kehidupan? Apa makna sebenar ‘Alhamdulillah’ dalam konteks keagungan dan kesempurnaan Allah…

    more
  12. Episod 30 Surah An Nas Ayat 4-6

    📖 Episod 30 – Surah An-Nas : Perlindungan Terakhir Hari ini kita menutup tirai dengan Surah An-Nas. Ayat-ayat perlindungan yang menjadi perisai hidup kita daripada bisikan jahat, luar dan dalam. Nafsu, syaitan, manusia dan semuanya boleh menyesatkan bila kita alpa. Terima kasih saya ucapkan…

    more
  13. Episod 29 Surah An Nas Ayat 1-3

    📖 Surah An-Nas, Ayat 1-3 Saat kita semakin hampir ke penghujung Ramadan, kita diajak untuk kembali mengenali siapa pelindung sejati kita. Tiga ayat pertama surah ini menyusun dengan indah: Allah sebagai Pencipta, Pemilik, dan Tuhan yang satu untuk disembah. Perlindungan sejati hanya datang...

  14. Episod 28 Surah An Nas

    📖 Surah An-Nas – Permintaan Perlindungan di Penghujung Ramadan Semakin hampir ke hujung Ramadan, kita diajar untuk memohon perlindungan daripada bisikan halus yang boleh merosakkan akidah dan iman. Surah An-Nas bukan sekadar penutup dalam susunan al-Quran, ia juga mengingatkan kita betapa…

    more
  15. Episod 27 Surah Al Waqiah Ayat 68-74

    📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 68–74 Air yang kita minum, api yang kita nyalakan, tanaman yang tumbuh, dan zuriat yang lahir — semua ini adalah nikmat yang Allah ciptakan dengan kasih sayang-Nya. Episod ke-27 ini membawa kita merenungi bagaimana keagungan ciptaan Allah menjadi hujah kukuh akan…

    more
  16. Episod 26 Surah Al Waqiah Ayat 63–67

    📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 63–67 Pernahkah kita merenung, siapa sebenarnya yang menumbuhkan tanaman di bumi ini? Benihnya kita tanam, tetapi hanya Allah SWT yang mampu menumbuhkannya. Itulah antara mesej besar dalam ayat yang kita hayati hari ini. Ayat ini membawa kita menyedari bahawa setiap...

  17. Episod 25 Surah Al Waqiah Ayat 57-62

    📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 57-62 Al-Quran menjemput kita berfikir, apakah manusia dicipta tanpa tujuan? Dalam episod ini, kita melihat bagaimana ayat-ayat ini mengajak kita merenung penciptaan manusia, proses kematian, dan kehidupan akhirat sebagai satu rantaian yang saling berkait. Sertai tadabbur...

  18. Episod 24 Surah Al Waqiah Ayat 47-56

    📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 47–56 Episod ini membawa kita menyelami satu peringatan keras daripada Allah SWT kepada golongan yang enggan mempercayai hari kebangkitan. Mereka mempersoalkan kehidupan selepas mati, malah mencemuh kewujudan hari pembalasan. Apa akibatnya? Mereka akan diberi makanan dari...

  19. Episode 23 Surah Al Waqiah Ayat 41-46

    📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 41-46 Dalam episod ke-23 ini, kita menyelami kisah ashabul syimal, golongan yang menerima catatan amalan dengan tangan kiri. Ayat ini menggambarkan azab yang pedih di akhirat akibat kealpaan terhadap dunia dan keengganan bertaubat daripada dosa besar. Ketika dunia menjadi...

  20. Episod 22 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 27-40

    📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 27-40 Ashabul Yamin, golongan yang menerima catatan amalan dengan tangan kanan. Dalam episod kali ini, kita menyelami nikmat luar biasa yang dijanjikan kepada mereka yang bermujahadah untuk taat dan menundukkan hawa nafsu. Apakah syarat untuk tergolong dalam kelompok…

    more
  21. Episod 21 Surah Al-Waqi’ah: Ayat 12 – 26

    📖 Surah Al-Waqi’ah: Ayat 12 – 26 Syurga itu nyata, nikmatnya terlalu besar untuk digambarkan. Dalam episod kali ini, kita menelusuri perihal ganjaran istimewa buat golongan Muqarrabun, ahli syurga yang paling istimewa. Hidangan lazat, suasana damai, dan pergaulan penuh kesejahteraan menjadi...

  22. Episod 20 Surah Al Waqiah Ayat 7-11

    📖 Surah Al-Waqi’ah, Ayat 7-11 Tiga golongan pada Hari Kiamat: golongan kanan, golongan kiri, dan golongan yang mendahului (as-sabiqun). Siapakah golongan yang paling hampir dengan Allah? Dalam episod ini, kita menyelami maksud al-muqarrabun, mereka yang benar-benar dekat dengan Allah. Masihkah…

    more
  23. Episod 19 Surah Al Waqiah Ayat 4-6

    📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 4-6 Bayangkan dunia yang kita kenali musnah dalam sekelip mata. Gunung-ganang yang megah menjadi debu, bumi yang teguh bergoncang hebat, itulah janji hari kiamat. Apakah tanda-tandanya? Bagaimana kita mempersiapkan diri? Ikuti perbincangan Ustaz Dr. Ahmad Fakhrurrazi...

  24. Episod 18 Surah Al Waqiah Ayat 1-3

    📖 Surah Al-Waqiah, Ayat 1-3 Hari kiamat itu pasti datang. Tiada siapa yang mampu menghalangnya, tiada kuasa yang mampu menundukkannya. Dalam episod kali ini, kita menyelami gambaran dahsyat hari akhir seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, saat dunia musnah dan manusia dibezakan mengikut...

  25. Episod 17 Sural Al Mulk Ayat 28-30

    📖 Surah Al-Mulk: Iman, Tawakal & Nikmat Allah Tiga ayat terakhir dalam Surah Al-Mulk mengingatkan kita tentang usaha dakwah Rasulullah ﷺ, kepentingan iman dan tawakal, serta nikmat air yang dianugerahkan Allah. Bagaimana kita memanfaatkan nikmat-Nya? Dan bagaimana konsep tawakal menjadi asas…

    more
  26. Episod 16 Surah Al Mulk Ayat 25-27

    📖 Surah Al-Mulk, Ayat 25-27 Manusia sering bertanya, “Bila hari kiamat?” namun Al-Quran mengajar kita bahawa yang lebih utama adalah persiapan, bukan ramalan. Ayat ini mengingatkan kita bahawa hari pembalasan itu nyata, dan hanya Allah SWT mengetahui saatnya. Bagaimana kita boleh bersedia...

  27. Episod 15 Surah Al Mulk Ayat 22-24

    📖 Surah Al-Mulk, Ayat 22-24 Kita sering melihat kejayaan sebagai hasil usaha dan kekuatan sendiri, tetapi ayat-ayat ini mengingatkan bahawa segala yang kita miliki yakni harta, kuasa, dan rezeki, semuanya datang dari Allah SWT. Dalam episod kali ini, kita akan menyelami tafsiran ayat yang...

  28. Episod 14 Surah Al Mulk Ayat 19-21

    📖 Surah Al-Mulk, Ayat 18-21 Ayat-ayat ini mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT yang mutlak. Manusia sering merasa aman dalam kehidupan, namun ayat ini memberi peringatan bahawa azab Allah boleh datang pada bila-bila masa tanpa diduga. Melalui penciptaan burung yang terbang dengan...

  29. Episod 13 Surah Al-Mulk, Ayat 16-18

    📖 Surah Al-Mulk, Ayat 16-18 Dalam episod kali ini, kita akan menghayati peringatan Allah tentang kekuasaan-Nya serta bagaimana kita perlu sentiasa bersyukur dan bertakwa dalam mencari rezeki. 📌 Saksikan perbincangan penuh di 30 Hari 30 Ayat! #30Hari30Ayat #Ramadan2025 #KitaSelangor

  30. Hanya 7 Ayat, Tapi Mengandungi Seluruh Intipati Al-Quran!

    📖 30 Hari 30 Ayat: Memahami Surah Al-Fatihah dengan Lebih Mendalam 📖 Alhamdulillah, Ramadan tahun ini kita kembali dengan 30 Hari 30 Ayat – satu perjalanan ilmu yang membawa kita menghayati dan memahami al-Quran dengan lebih mendalam. 📌 Episod 1: Surah Al-Fatihah - Pembukaan Segala Ilmu ✨...

About this show

🌙 RAMADAN AL-MUBARAK 1446H 🌙

Ramadan tiba lagi, membawa keberkatan dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri. Semoga bulan penuh rahmat ini meningkatkan nilai ketakwaan kita dan mengukuhkan amalan kebaikan dalam kehidupan seharian.

📖 Tahun ini, 30 Hari 30 Ayat kembali dengan pengisian lebih bermakna, menampilkan Farhatul Fairuzah, Juara Qariah Kebangsaan & Antarabangsa bersama tiga pembimbing hebat:

🔹 Ustaz Faiz Fateh al-Azhari

🔹 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

🔹 Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi

Jadikan Ramadan kali ini sebagai ruang untuk lebih mendekati al-Quran dan memperkukuh keimanan kita.

#30Hari30Ayat #RamadanMubarak #KitaSelangor

Hosted by

Media Selangor

Frequently asked questions

How many episodes does 30 Hari 30 Ayat have?

30 Hari 30 Ayat has 30 episodes on PodParley. The most recent episode was published on April 22, 2025.

What is 30 Hari 30 Ayat about?

🌙 RAMADAN AL-MUBARAK 1446H 🌙 Ramadan tiba lagi, membawa keberkatan dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri. Semoga bulan penuh rahmat ini meningkatkan nilai ketakwaan kita dan mengukuhkan amalan kebaikan dalam kehidupan seharian. 📖 Tahun ini, 30 Hari 30 Ayat kembali dengan pengisian lebih...

How often does 30 Hari 30 Ayat release new episodes?

30 Hari 30 Ayat publishes a few times a week, based on its 30 episodes since March 2025.

Who hosts 30 Hari 30 Ayat?

30 Hari 30 Ayat is created and hosted by Media Selangor.
Link copied