PODCAST · religion
Hikmah - SYOK Podcast [BM]
by SYOK Podcast
‘Hikmah’, sebuah lagi podcast Bahasa Melayu dengan kandungan berunsur keagamaan dan spiritual, kali ini membawa para pendengar menyusuri musim ketiga.
-
26
Dendam Kesumat | Hikmah Musim ke-3 EP8
"Sejarah hidup Asyikin tidak sama dengan adik-beradik lain, kerana semasa kecil, ibu dan ayah menyerahkannya ke bawah jagaan ibu saudara. Lalu Asyikin mendewasa dalam lautan dendam. Dendam kerana tidak dipelihara ibu bapa kandung. Malah dendam kerana tidak menikmati belaian dan kasih sayang yang sama. Silaturrahim yang renggang, mampukah bertaut kembali? Atau terputuskah ia hingga kiamat — kerana benci dan sakit hati? "
-
25
Perempuan Ular | Hikmah Musim ke-3 EP7
Apakah perasaannya jika kita hidup bergelumang dengan memori pahit, kerana sepanjang alam persekolahan dipanggil ‘Ketua Murid Beruk’? Malah ibu kita digelar ‘Perempuan Ular’? Inilah yang dihadapi Nur Izzati, anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai pembersih Zoo Negeri. Status kerjaya Izzati tinggi melangit. Namun, sanggupkah dia mengaku asal-usul? Atau tergamakkah dia memadam sejarah bersama si ibu?
-
24
Masa Yang Dipinjam | Hikmah Musim ke-3 EP6
Mardhiah, seorang gadis bercita-cita tinggi. Dengan sokongan keluarga, dia berjaya melanjutkan pengajian ke Negara Matahari Terbit. Perpisahan sementara itu meruntun jiwa ibunya. Namun, tidak banyak diminta si ibu — melainkan janji Mardhiah untuk menulis surat atau poskad kepadanya selalu. Namun kerana taasub dengan perlumbaan menuntut ilmu, Mardhiah tidak mahu diganggu, lantas dia mengenepikan si ibu. Sempatkah Mardhiah membayar semula hutang masa yang telah dipinjamkan kepadanya?
-
23
Dua Ibu Dalam Kalbu | Hikmah Musim ke-3 EP5
Jessica Lee Swee Lyn, diusir keluar dari rumah kerana menghamilkan anak asmara. Lalu dia menyerahkan anak luar nikahnya — Jesslyn — kepada seorang gadis Melayu bernama Adila. Konflik bermula apabila si anak mendewasa lalu bertekad mencari ibu kandung. Namun, hati si ibu yang telah membesarkannya semenjak kecil, terluka kerana dituduh mementingkan diri sendiri. Dapatkah Jesslyn aka Haleeda mencari ibu sedarah sedaging? Tertebuskah dosanya kepada si ibu angkat?
-
22
Hujan Di Hati Emak | Hikmah Musim ke-3 EP4
Ketika Kartini binti Haji Samsuddin, seorang Pengurus Pemasaran yang amat komited pada kerjaya, mengambil keputusan untuk menangguhkan ziarahnya ke kampung kerana urusan kerja, dia tidak tahu bahawa itu mungkin kesempatan terakhir untuk dia mendampingi si ibu. Setelah berbulan tidak bertemu, ibunya yang sakit rindu, dikhabarkan positif Covid-19. Sempatkah Kartini pulang memeluk kaki si ibu, memohon maaf atas dosa-dosa yang lalu?
-
21
Sakit Sebelum Ke Syurga | Hikmah Musim ke-3 EP3
Jika seorang ibu mampu menjaga anak-anak yang ramai, yang bergerabak seperti keretapi, mampukah 10 anak menjaga dan mengurus si ibu itu apabila dia tua nanti? Sepuluh adik-beradik berstatus hebat, berpelajaran tinggi; diuji Allah apabila terpaksa menjaga si ibu yang disahkan kanser payu dara tahap 4. Namun ibu malang itu berpindah dari satu tangan ke satu tangan yang lain kerana tiada anak sanggup menjaga. Ke manakah empati anak sewaktu dia di hujung nyawa?
-
20
Telunjuk Isteri | Hikmah Musim ke-3 EP2
Apabila Azman menawar diri untuk menikahi kawan baiknya, Sarina, dia mengambil tanggungjawab untuk menerima anak asmara Sarina dengan ikhlas. Perkahwinan mereka baik-baik saja sehinggalah Sarina mulai menjadi duri dalam daging. Kerana telunjuk isteri, secara tidak sedar, Azman mengabaikan ibunya. Siapa yang akhirnya Azman pilih — Sarina yang dicintai atau syurga di bawah tapak kaki ibunya?
-
19
Seringgit Untuk Emak | Hikmah Musim ke-3 EP1
Keikhlasan seorang anak kadangkala diuji dengan cara yang paling aneh dan misteri. Zaida, seorang wanita terpelajar, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang sanggup bergolok-gadai demi memberi pendidikan terbaik buatnya. Namun kerana seringgit, Zaida menjadi manusia kikir lagi bakhil, sehinggalah suatu hari dia menerima pembalasan dahsyat yang paling tidak diduga.
-
18
Kekasih Hari Senja | Hikmah Musim ke-2 EP8
Konflik antara menantu wanita dengan ibu mertua memang selalu berlaku. Kerana yang selalu terjadi, para menantu terlupa, bahawa tanggungjawab menjaga mertua adalah sama dengan tanggungjawab menjaga ibu dan ayah kandung mereka sendiri. Namun, apabila seorang wanita dementia ditakdirkan hadir untuk menguji kasih sayang anak-anak dan menantunya, mampukah mereka menanganinya — dengan ikhlas, reda dan sabar?
-
17
Sebelum Mataku Terkatup | Hikmah Musim ke-2 EP7
Raja Ratnasari, wanita besi dalam industri pengiklanan, diuji apabila kesihatannya yang sempurna selama ini — direnggut secara tiba-tiba. Apatah lagi, dia menghamilkan anak luar nikah. Maka kerana itu layanan manis keluarga mertua dan ipar-duai berubah menjadi racun berbisa. Sang suami didesak agar menceraikannya. Apakah wanita ini sempat menebus kesilapan sebelum matanya terkatup?
-
16
Dendam Seorang Isteri | Hikmah Musim ke-2 EP6
Kehidupan senang-lenang dan serba berkecukupan — itulah saja yang menjadi faktor pendorong seorang isteri muda bercita-cita tinggi. Dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diatur oleh keluarga. Namun, segala perilaku suami terlihat buruk di matanya, bahkan mendatangkan benci dalam perasaannya. Sehinggalah suatu hari, terjadi peristiwa yang mengubah persepsi hodohnya terhadap si suami yang dia zalimi.
-
15
Degup-degup Amarah | Hikmah Musim ke-2 EP5
Amarah, adalah sekutu syaitan. Ia musuh dalam diam yang sentiasa mahu memusnahkan umat manusia semenjak dahulu lagi. Dan yang terjadi kali ini adalah kisah seorang anak kecil yang tidak berdosa, yang termusnah masa depannya akibat amarah si ayah yang gagal dibendung oleh akal fikiran yang waras.
-
14
Tentang Khulu’ dan Kebebasan | Hikmah Musim ke-2 EP4
Si isteri wanita yang bijak, berpendidikan tinggi, mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang akademik. Namun 14 tahun lamanya, dia dipenjarakan oleh khalifahnya sendiri. Ditunjal, disepak, diterajang di hadapan anak-anak. Terbongkar rahsia, rupanya suami itu menderitai penyakit kemurungan. Malang sekali, tiada ahli famili sebelah suami atau isteri, berani bersuara. Sampai bila isteri sanggup bertahan sebelum diberi keberanian untuk berjuang mencapai impian dalam kerjaya?
-
13
Apabila Hati dan Tubuh dicederai | Hikmah Musim ke-2 EP3
Rumahtangga terpancar bahagia kerana si isteri mempamerkan wajah perkahwinan yang manis lagi kencana. Dan suami tercinta pula menunjukkan karisma pemimpin yang disegani, dipandang tinggi. Namun ada pekung yang tersembunyi di dalam kelambu. Kerana suami yang termasyhur dalam lapangan politik itu, rupanya lelaki dayus paling tidak disangka.
-
12
Sepuluh Rerama Putih Buat Hambali | Hikmah Musim ke-2 EP2
Burkitt Lymphoma, sejenis kanser yang amat agresif, yang membesar setiap tujuh jam, sedang memamah perut suami. Kepada isteri, suami berserah mengharapkan kehidupan hujung hayatnya diuruskan dengan redha dan sempurna. Soalnya, mampukah isteri menjernihkan hati dan berkhidmat dengan ikhlas, selepas suami meleburkan kepercayaannya dengan kecurangan paling dahsyat?
-
11
Cintaku Taman Terbuka, Suamiku Banduan di Dalamnya | Hikmah Musim ke-2 EP1
Kemesraan yang terjalin antara seorang adik angkat dan abang angkat di alam persekolahan, akhirnya sampai ke jenjang pelamin. Namun pelangi bertukar tsunami, kerana cinta taman terbuka yang ditawarkan isteri, rupa-rupanya penjara yang merantai suami.
-
10
Kisah Israk & Mikraj | HIKMAH EP10
HIKMAH membawa pendengar dengan kisah Israk dan Mikraj, satu malam yang bersejarah lagi sangat luar biasa. Malam yang merupakan satu mukjizat besar bagi Nabi Muhammad S.A.W. Dalam bingkisan kali ini, kami kongsikan beberapa peringatan penting, yang pastinya amat signifikan dalam perlumbaan kita meraih dunia dan mengejar akhirat.
-
9
Kisah Nabi Muhammad Disihir | HIKMAH EP9
HIKMAH episod ke-9 membawa pendengar menelusuri kisah kekasih kita semua, Nabi Muhammad SAW yang diuji dengan sihir. Besarnya dugaan seorang utusan Allah SWT, penyatu ummah, sehingga baginda tidak ditentang dan cuba dibinasakan sedemikian rupa. Jadi apa penyebab Nabi Muhammad SAW disihir? Nantikan.
-
8
Kisah Nabi Muhammad SAW & Wang 8 Dirham | HIKMAH EP8
Kisah Nabi Muhammad & 8 Dirham terjadi pada satu hari apabila Nabi Muhammad SAW keluar rumah untuk membeli pakaian dan peralatan rumahnya. Di tangan baginda hanya ada wang lapan dirham. Sejauh mana baginda lalui perjalanan hidup ketika itu? Teruskan mendengar Hikmah di Syok
-
7
Kisah Nabi Ibrahim & 4 Ekor Burung | HIKMAH EP7
Setitik khilaf menjadi noda. Setitik lalai menjadi dosa. Namun alhamdulillah, bulan penuh barakah ini masih sudi menemani kita. Pendengar Hikmah yang kami muliakan. Pada Ramadan yang semakin menghampiri penghujung ini, kita kenang kembali kisah Nabi Ibrahim a.s bersama empat ekor burung.
-
6
Kisah Nabi Musa Membelah Laut | HIKMAH EP6
Nabi Musa a.s merupakan rasul dan nabi pilihan Allah SWT yang diutus untuk berhadapan dengan kaum Firaun. Ya, pada saat itu, kejahatan dan kezaliman Firaun semakin menjadi-jadi. Para pengikut Nabi Musa a.s diseksa agar menjadi sesat dan mengikuti kembali perintah Firaun. Apakah yang berlaku kepada mereka?
-
5
Kisah Nabi Sulaiman & Seekor Semut | HIKMAH EP5
Tersebutlah satu kisah di suatu waktu, kerajaan Nabi Sulaiman a.s sedang mengalami musim kering yang amat panjang. Lalu Nabi Sulaiman a.s segera memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya berhimpun untuk sama-sama berdoa, memohon kepada Allah SWT agar musim kering berakhir dan hujan segera turun…
-
4
Kisah Nabi Ibrahim Dibakar Hidup-Hidup | HIKMAH EP4
Bagaimanakah keadaan Nabi Ibrahim a.s apabila dicampak hidup-hidup ke dalam api yang besar dan marak menyala? Ayuh kita dengarkan bahagian kedua, KISAH NABI IBRAHIM DIBAKAR HIDUP-HIDUP
-
3
Kisah Nabi Ibrahim A.S Dan Patung Berhala | HIKMAH EP3
Nabi Ibrahim a.s. merupakan nabi yang sangat penting dalam agama Islam. Dia dilahirkan dalam zaman yang kucar kacir disebabkan Raja Namrud dan petanda kerajaannya akan dijatuhkan oleh Nabi Ibrahim, maka Raja Namrud mengarahkan semua bayi yang dilahirkan dibunuh. Namun, apabila Allah SWT berkehendakkan sesuatu, maka ia pasti terjadi jua.
-
2
Pengemis Yahudi Yang Buta | HIKMAH EP2
Di sebuah sudut pasar Madinah Al-Munawarah, duduk seorang pengemis Yahudi yang buta. Hari demi hari, apabila ada saja orang yang mendekati atau berpapasan dengannya, dia pasti akan berkata: "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad! Dia itu orang gila. Dia itu pembohong." Namun Rasulullah SAW meneruskan rutin menyuapkan makanan itu tanpa jemu, sehinggalah akhirnya, Nabi Muhammad SAW wafat dan kembali ke pangkuan Allah SWT. Sesudah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang setia membawakan makanan kepada pengemis Yahudi yang buta itu. Sehinggalah terjadi pada suatu hari, Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha….
-
1
Kisah Pemuda Dengan Dua Ekor Khinzir | HIKMAH EP1
Tahukah kalian, Nabi Musa merupakan satu-satunya Nabi yang boleh bercakap dan berbicara terus dengan Allah SWT? pada suatu hari, Nabi Musa telah bertanya kepada Allah SWT: "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran denganku?” Maka bermulalah perjalanan Nabi Musa untuk mencari pemuda ini…
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
‘Hikmah’, sebuah lagi podcast Bahasa Melayu dengan kandungan berunsur keagamaan dan spiritual, kali ini membawa para pendengar menyusuri musim ketiga.
HOSTED BY
SYOK Podcast
CATEGORIES
Loading similar podcasts...